Cara lebih selamat elak kemaluan digigit ular?

Cara lebih selamat elak kemaluan digigit ular?

Pelbagai taktik digunakan untuk mengelakkan serangan ular yang bersembunyi dalam mangkuk tandas.

snake-bite

PETALING JAYA: Bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali, pelbagai cara digunakan lelaki Thailand ketika membuang air di dalam tandas.

Sin Chew Daily memetik media tempatan sebagai melaporkan, pelbagai taktik digunakan untuk mengelakkan serangan reptilia itu yang bersembunyi dalam mangkuk tandas.

Antaranya termasuk memanjat dan “bercangkung” di atas tangga atau besen cuci muka untuk membuang air besar, ada pula yang bertindak mengorek lubang di tengah-tengah kerusi plastik supaya mereka dapat duduk di atas kerusi itu untuk membuang air besar dalam ‘jarak selamat’.

Tidak kurang pula yang menggunakan kayu untuk membuka penutup mangkuk tandas bagi memeriksa keadaan di dalamnya terlebih dahulu sementara ada pula yang membuang air dalam beg plastik.

Rabu lalu, kemaluan seorang lelaki Thailand berusia 38 tahun, Atthaporn Boonmakchuay digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira jam 6.30 pagi.

Mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.