Rani orang luar, LGE juga orang luar – Hadi

Rani orang luar, LGE juga orang luar – Hadi

Lim Guan Eng bertanding di Pulau Pinang walhal dia bukan orang Pulau Pinang, kata Hadi

hadi-awang_Abdul-Rani-Osman_pas_600

SUNGAI BESAR:
Belumpun tiba di garisan pemula 5 Jun depan, pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon PAS telah dipersoalkan. Isunya: Rani bukan anak tempatan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun menepis faktor anak tempatan dengan berkata pemilihan orang luar bukan sesuatu yang luar biasa.

“Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP) bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Jadi tidak ada masalah,” ujarnya dalam sidang media di Markas PAS, Simpang Lima malam tadi.

Ketika mengumumkan Rani sebagai jaguh PAS menghadapi cabaran PRK Sungai Besar, Hadi dalam ucapannya berkata calon terpilih itu telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama parti Islam itu.

Rani ketika ditanya pemberita enggan mengulas isu itu.

“Saya telah dinasihatkan oleh Tuan Guru Presiden (Hadi) agar tidak memberikan sebarang kenyataan,” ujarnya.

Dalam sidang media itu juga, Hadi tidak terlepas diaju soalan mengenai usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“Orang bukan Islam sepatutnya tidak masuk campur,” kata Hadi memulakan hujah, “MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan.”

“PAN (Parti Amanah Negara) pula tidak faham sempadan,” katanya yang merujuk kepada sikap DAP dan Amanah dalam isu ini.

Abdul Hadi turut mendakwa DAP mempunyai agenda untuk memburukkan agama Islam.

“Ada agenda di belakang DAP yang cuba hendak memburukkan Islam dan kebimbangan sekiranya dilaksanakan menurut Islam akan mendapat respon positif daripada penganut bukan Islam.

“Ini sebenarnya menakutkan DAP,” tegas Hadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.