Tuntutan terhadap Sabah tidak akan dilayan

Tuntutan terhadap Sabah tidak akan dilayan

Ini kerana Sabah telah diiktiraf oleh PBB dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak 16 September 1963.

Musa-Aman_sabah_600

PETALING JAYA:
Kerajaan Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan berkata, ini kerana Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak 16 September 1963.

Tambah pihak kementerian itu lagi, pihaknya juga mengambil maklum mengenai kenyataan sesetengah pihak yang muncul di dalam media massa berkenaan tuntutan ke atas Sabah baru-baru ini.

Terdahulu, calon Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berhasrat untuk meneruskan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyatakan Sabah tidak pernah mengiktiraf atau mengakui tuntutan oleh Filipina atau pihak lain ke atas negeri itu.

“Biar saya menjelaskan bahawa Sabah berada dalam Malaysia dan memilih untuk kekal dalam Persekutuan Malaysia dan akan terus menjadi sebahagian daripada negara yang berdaulat ini sejak penubuhannya,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.