Elok Dr Mahathir tubuh parti baharu- Shahrir Samad

Elok Dr Mahathir tubuh parti baharu- Shahrir Samad

Ini adalah waktu terbaik bagi Dr Mahathir menilai sama ada beliau benar-benar mendapat sokongan rakyat.

shahrir

PETALING JAYA:
Jika benar dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan hampir 1.2 juta orang menerusi deklarasinya, beliau seeloknya menubuhkan parti politik baharu.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad berkata demikian kerana ini adalah waktu terbaik bagi Dr Mahathir menilai sama ada beliau benar-benar mendapat sokongan rakyat.

“Beliau disarankan berbuat demikian jika mahu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bulan depan,” katanya dalam satu laporan di Barita Harian Online.

Ujarnya lagi, masyarakat pasti tertunggu-tunggu untuk menterjemah deklarasi pada PRK akan datang.

Justeru beliau elok jika Dr Mahathir tubuh parti sendiri dan tidak perlu berkempen untuk pihak lain.

“Tubuh parti politik sendiri dan letak calon pada PRK ini. Dalam dunia politik, suara rakyat penting sebagai pembuat keputusan, maka biar rakyat membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Belajar Koding (JBK) anjuran Biro Profesional Muda Pemuda UMNO Pusat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata penglibatan Dr Mahathir membantu pembangkang pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.