Tangkap individu gesa baling telur tembelang pada Najib, Rosmah

Tangkap individu gesa baling telur tembelang pada Najib, Rosmah

Kenyataan itu dianggap boleh mengancam keselamatan Najib dan Rosmah.

ali-tinju-1

PETALING JAYA:
Polis digesa menyiasat individu bernama Sharizan Ibrahim yang didakwa cuba mengancam keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom membuat laporan polis susulan kenyataan yang dimuat naik dalam status Facebook individu terbabit yang mengajak semua rakyat Terengganu menyediakan telur untuk dibaling pada muka Najib dan Rosmah.

“Gerakan Merah mengambil tanggungjawab untuk membuat laporan polis agar kertas siasatan polis segera buka dan Sharizan Ibrahim dipanggil ekoran kenyataannya yang boleh mengancam dan membahayakan keselamatan Najib dan Rosmah,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Dalam pada itu Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju berpandangan kenyataan satu tindakan tidak bertanggungjawab apabila Najib telah banyak memajukan negara dari aspek pembangunan dan keharmonian negara.

“Kenyataan berbaur hasutan itu tidak sepatutnya dipandang ringan oleh polis. Jika perkara ini berterusan, ia akan menjejaskan kredibiliti perdana menteri di mata luar negara.

“Kita lihat negara kita dalam keadaan aman dan tidak ada perbalahan dalam kalangan kaum,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.