Polis Kelantan cuba kesan bekas suami Indira Gandhi

Polis Kelantan cuba kesan bekas suami Indira Gandhi

Lokasi terakhir Muhammad Riduan yang diketahui adalah di Kota Bharu

indira-exhusband

PETALING JAYA:
Polis Kelantan sedang mengesan bekas suami M Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah yang kali terakhir dikesan berada di Kota Bharu.

Malay Mail Online melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, ACP Mohamad Fakri Che Sulaiman sebagai berkata polis negeri sedang bekerjasama dengan Imigresen memantau pergerakan Riduan.

“Polis Kelantan telah memaklumkan semua daerah di Kelantan dan daerah-daerah berhampiran sempadan termasuk polis marin supaya berwaspada,” katanya.

Fakri berkata Riduan telah dimasukkan dalam senarai dikehendaki oleh polis Perak dan akan polis Kelantan akan memulakan pencarian seperti yang diarah polis Persekutuan.

April lalu, dalam satu kes hak penjagaan anak yang bertukar agama, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya menahan Riduan kerana menghina mahkamah apabila enggan menyerahkan Prasana Diksa, 7, kepada Indira.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung pergerakan Riduan diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan IPD Ipoh, ASP Kamariah Jamaludin (016-5249091), atau JSJ IPD Pasir Mas, DSP Samsulmuddin Sulaiman (012-9982027).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.