Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ruang legar Parlimen, hari ini.
Sebaliknya mesyuarat tertunda lantaran mereka terlalu sibuk memikirkan hal-hal lain dan terbabit dengan program-program lain.
PKR dan PAS terbabit dalam pertelagahan merebut kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
PKR bercadang untuk menurunkan calonnya di Sungai Besar manakala PAS diberi ruang untuk bertanding di Kuala Kangsar, dengan harapan untuk mengelakkan perlawanan tiga penjuru menentang BN.
Wan Azizah berkata PH telah mengadakan dua mesyuarat dalaman setakat ini dan masih menunggu maklum balas daripada PAS berhubung perkara itu.
“Pakatan Harapan dan PAS perlu bekerjasama berganding bahu. Sekiranya ada beberapa perkara yang kita tidak bersetuju, tidak bermakna kita berlawanan,” jelas Rafizi Ramli (PKR-Pandan) pula, di Parlimen hari ini.
“Strategi terbaik adalah satu kerusi untuk PAS dan satu lagi untuk Pakatan Harapan.
“Itu juga yang sepatutnya pada pilihan raya umum akan datang.”
Sementara itu, Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) berkata partinya perlu berbincang dengan PAS kerana parti yang pernah bertanding di situ berhak untuk bertanding sekali lagi.
“Kerana itu kita perlu berunding. Mereka (PAS) berhak berkata: ‘Saya mahu bertanding kerana saya pernah bertanding di sini’. Bagi saya, itu kenyataan yang wajar.”
PAS bertanding di kedua-dua kerusi pada pilihan raya umum lalu.
