Tak pernah dengar tentang ‘permintaan perempuan’- AMANAH

Tak pernah dengar tentang ‘permintaan perempuan’- AMANAH

Walaupun AMANAH tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan Selangor namun isu 'pemintaan perempuan' dan wang tidak pernah berlaku.

saari-sungib
PETALING JAYA: ADUN AMANAH Selangor, Saari Sungib mengakui tidak pernah tidak pernah mendengar mengenai dakwaan rasuah membabitkan ‘permintaan perempuan’ selain wang ketika berurusan dengan kerajaan negeri.

Walaupun tidak terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri secara rasmi namun sepanjang penglibatannya dalam badan pembuat dasar Kerajaan Negeri Selangor, beliau tidak pernah dengar isu tersebut.

“Saya berkecuali dalam eksekutif di Selangor tetapi lebih kepada legislatif. Peranan saya memantau penglibatan anak syarikat kerajaan negeri, isu kepimpinan dan bertindak sebagai ahli Jawatankuasa Khas Dewan Berkaitan Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) dan membuat dasar.

“Sepanjang hampir lapan tahun bermula 2008 saya terlibat dalam pembuat dasar negeri Selangor tidak pernah saya dengar isu-isu sebegini (permintaan perempuan dan wang) untuk berurusan dengan kerajaan negeri), malah saya mengetahui perkara ini menerusi laporan media semalam,” katanya kepada FMT.

Satu tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerima aduan berhubung “permintaan perempuan” ketika berurusan dengan kerajaan Selangor tersebar semalam.

Susulan pendedahan itu, beberapa EXCO Selangor turut menafikan perkara itu dan mencabar, mana-mana pihak yang mempunyai bukti supaya mendedahkan nama individu yang terlibat untuk diambil tindakan.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.