KUALA LUMPUR: Wisma Putra masih berusaha untuk mengesahkan sama ada rakyat Malaysia tersenarai dalam kalangan 66 penumpang dan kru pesawat EgyptAir MS804 yang dilaporkan hilang ketika menuju ke Kaherah.
Menurut seorang pegawai Kementerian Luar, usaha masih dijalankan kementerian bagi mendapatkan maklumat penuh termasuk daripada syarikat penerbangan itu.
EgyptAir melaporkan pesawat yang berlepas dari Paris pada Rabu malam, hilang kira-kira 16km dalam ruang udara Mesir.
Kapal terbang jenis Airbus A320 yang membawa 56 penumpang dan 10 anak kapal itu dilaporkan terbang pada ketinggian sekitar 37,000 kaki (11,200m) ketika kejadian.
-BERNAMA