Pemuda Sri Lanka ditahan guna pasport palsu Malaysia

Pemuda Sri Lanka ditahan guna pasport palsu Malaysia

Siasatan awal mendapati pasport asal itu milik seorang wanita warga Malaysia.

pasport_malaysia_srilangka_600

BANGKOK:
Seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan oleh Biro Imigresen Thailand di Lapangan Terbang Chiangmai kerana menggunakan pasport palsu Malaysia untuk ke Hong Kong dan kemudian ke Zurich.

Dalam kenyataan hari ini, biro itu berkata pemuda berusia 22 tahun itu ditahan pada 5 petang, Sabtu lepas, sebelum dia menaiki pesawat ke luar negara.

“Hasil siasatan mendapati pasport asal itu milik seorang wanita warga Malaysia,” kata biro itu.

Ia berkata pihak berkuasa akan menyiasat sama ada lelaki itu terbabit dalam sindiket pemalsuan pasport.

BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.