Kadar baharu itu berkuatkuasa pada 4 April, akan hanya digunakan terhadap kesalahan meter dan jalan raya dengan kadar antara RM20 hingga RM100 bergantung kepada kelas kenderaan.
Kadar khas ini bagaimanapun tidak akan terpakai bagi kesalahan disenarai hitam, kesalahan mahkamah berdaftar dan notis merah jambu yang membabitkan kesalahan trafik seperti melanggar lampu isyarat merah, kotak kuning, tanda-tanda larangan kemasukan, dan sebagainya.
Kesalahan yang melibatkan motosikal akan dikenakan RM20, manakala yang melibatkan kereta, MPV, van, lori kecil, trak pikap, pacuan empat roda dan SUV pula RM30.
Kesalahan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas, traktor, lori besar, jentera berat, Kren, treler dan kontena akan dikenakan kadar RM100.
Bayaran kadar khas ini boleh dibuat di kaunter-kaunter DBKL, kiosk pembayaran, pejabat pos atau dibuat secara online melalui myeg.com.
