PETALING JAYA: Bekas pengetua Methodist Boy School Kuala Lumpur, Yong Chee Seng yang terjunam jatuh ke dalam lubang pembentung yang dalam proses pembinaan kira-kira dua minggu lalu, meninggal dunia semalam.
Menurut laporan media sebelum ini, Yong dan seorang lagi mangsa bersama-sama Toyota Vios yang dinaiki mereka ditemui jatuh ke dalam lubang sedalam 12 meter itu pada 3 Mei lalu.
Kemalangan itu terjadi di Jalan Universiti, berhampiran Seksyen 17 Petaling Jaya.
Menurut laporan, saksi kejadian seorang jurutera, Pram Velauthan Gopal berkata, kemalangan itu terjadi ekoran kontraktor menggunakan penghadang jalan plastik dan bukannya konkrit di sekeliling lubang itu.
“Jika penghadang konkrit digunakan, ia tidak akan teralih dalam senario itu,” katanya lagi.
