Jangkitan Zika pertama di Singapura

Jangkitan Zika pertama di Singapura

Lelaki tersebut pernah mengembara ke Sao Paulo, Brazil dari 27 Mac hingga 7 Mei lalu.

zika_singapore_600

PETALING JAYA:
Singapura merekodkan jangkitan virus Zika pertama apabila ian disahkan dikesan pada seorang lelaki berusia 48 tahun.

Ia sekali gus menjadikan Singapura sebagai negara ketiga di rantau Asia Tenggara dilaporkan dijangkiti selepas Indonesia dan Thailand.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Agensi Persekitaran Kebangsaan Singapura lelaki tersebut pernah mengembara ke Sao Paulo, Brazil dari 27 Mac hingga 7 Mei lalu.

Channel News Asia melaporkan dia kemudiannya mengadu demam dan ruam, dan dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth Novena serta dikuarantin.

Lelaki itu mengalami simptom tersebut sejak hari Selasa yang lalu.

Hasil ujian yang dijalankan mendapati dia positif Zika.

Pesakit berkenaan akan dipindahkan ke pusat penyakit berjangkit di Hospital Tan Tock Seng untuk rawatan dan pengasingan.

Dalam pada itu, ahli keluarga lelaki berkenaan dilapor akan menjalani ujian imbasan untuk memastikan sama ada terkesan sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.