Rafizi gesa Najib henti campur tangan dalam GLC

Rafizi gesa Najib henti campur tangan dalam GLC

Rafizi dakwa menyimpan salinan surat menunjukkan campur tangan Najib dalam GLC dengan mengarahkan mengetepikan notis kebankrapan untuk seorang ketua bahagian UMNO.

rafizi

PETALING JAYA :
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mendakwa mempunyai salinan surat menunjukkan wujudnya campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan perniagaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Rafizi berkata dalam surat berkenaan, GLC berkenaan diarahkan mengetepikan notis kebankrapan yang dikeluarkan untuk seorang ketua bahagian UMNO.

Katanya, surat itu ditulis seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri dan dialamatkan kepada ketua eksekutif GLC tersebut.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata GLC tersebut diarah mengabaikan notis kebankrapan ketua bahagian UMNO itu yang berpunca daripada projek pembangunan perumahan dan mengarahkan tuntutan pinjaman bank diselesaikan di luar mahkamah.

“Saya membuat semakan awal dan berpendapat surat ini benar dan tulen berdasarkan maklumat yang saya peroleh setakat ini.

“Oleh itu, saya mengingatkan Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti campur tangan dalam urusan mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Beliau juga perlu mengeluarkan arahan kepada semua menteri supaya tidak mengeluarkan surat arahan seperti ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.