Belum ada tanda positif sejak umum gabenor baharu- Lip Eng

Belum ada tanda positif sejak umum gabenor baharu- Lip Eng

Kejatuhan tiga hari berturut-turut itu menjadi respons pelantikan Muhammad Ibrahim tetapi bukanlah salah beliau.

lim-lip-eng_Bursa-Malaysia_muhammad-ibrahim_600

PETALING JAYA:
Sejak pengumuman Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) di Bursa Malaysia tidak menunjukkan sebarang kesan positif.

Demikian dakwa Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mengakui indeks KLCI jatuh tiga hari berturut-turut selepas pengumuman tersebut dan tutup pada 1,672.72 mata pada 29 April sebelum hujung minggu yang panjang ini.

“Pada hari Gabenor BNM diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 27 April lalu, KLCI menyaksikan kejatuhan 0.01 mata dan ditutup pada 1,692.34 pada hari sama.

“Kejatuhan tiga hari berturut-turut itu menjadi respons pelantikan Muhammad Ibrahim tetapi bukanlah salah beliau.

“Malah saya berpendapat bahawa pengalaman 32 tahun di Bank Pusat menjadikannya calon terbaik dalam BNM sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam, lapor Sinar Harian.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor BNM untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 April lalu.

Mengulas lanjut, Lip Eng berkata, indeks KLCI dan pasaran kewangan tempatan serta luar negara akan memberi respons positif sekiranya Muhammad menyatakan ketegasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.