Menurut beliau, keputusan itu diambil pada mesyuarat Majlis Tertinggi Upko yang dipengerusikan pemangku Presiden Datuk Wilfred Madius Tangau pada 29 April di ibu pejabat parti itu di Donggongon, Penampang.
Penangguhan itu adalah selaras dengan perlembagaan parti, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
“Tujuan penangguhan itu ialah untuk memastikan persiapan Upko bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 berjalan lancar.
Semua bahagian Upko sudah membuka ‘bilik perang’ pilihan raya masing-masing dan sedang dalam proses mengumpul serta mengemaskinikan data berkaitan di setiap kawasan dewan undangan negeri dan parlimen,” katanya.
Mojuntin berkata para pemimpin Upko sering mengadakan perjumpaan dengan anggota peringkat akar umbi dan keberkesanan langkah ini dapat dilihat daripada peningkatan jumlah anggota parti itu.
Menurut beliau, dalam tempoh lima bulan lepas, Upko mendapat 3,327 anggota baharu.
“Apa yang memberangsangkan ialah semakin banyak anggota baharu terdiri daripada Generasi Y. Kami menjangka momentum ini semakin hebat pada bulan-bulan akan datang.
Upko juga perlu memastikan parti ini dan perpaduan bukan sahaja dipelihara, malah ditingkatkan,” katanya.
— BERNAMA
