Ini berdasarkan jadual yang diedarkan oleh PKR kepada para wartawan di Kuching.
Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem dikritik kerana menyekat aktivis dan pembangkang daripada memasuki negeri itu.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan terbaru semalam, Adenan menyatakan akan menimbang untuk membenarkan Wan Azizah dan anak perempuannya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memasuki Sarawak jika mereka meminta kebenaran secara sopan.
Sebagai tindak balas, Wan Azizah memberitahu bahawa dia dan anaknya, Nurul Izzah akan menulis surat kepada Adenan untuk meminta kebenaran.
Pemimpin pembangkang yang telah dihalang daripada memasuki Sarawak termasuk wakil DAP, Tony Pua dan Teresa Kok serta wakil PKR, Chua Tian Chang dan Rafizi Ramli.