Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kenyataan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Dr S Jeyaindran sebelum ini hanya merujuk kepada rekod-rekod di hospital kerajaan dan bukan rekod hospital swasta.
“Saya ingin mengesahkan di sini bahawa suspek ini telah menjalani rawatan pesakit mental sejak tahun 2013 lagi di Hospital KPJ Ipoh. Kita tidak akan membuat kenyataan jika kita tidak menyemak fakta-fakta ini,” katanya.
“Saya minta mana-mana juga orang sebelum buat kenyataan, dia semak dulu fakta.”
Dalam kejadian jam 5.10 petang pada 24 April lalu, suspek yang menaiki kereta memasuki kuil lalu merosakkan patung dewa dalam kuil berkenaan dipercayai menggunakan parang.
Menurut Dr Jeyaindran, suspek bekerja sebagai doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun bermula 11 April tetapi meletak jawatan 11 hari selepas itu, iaitu dua hari sebelum dia bertindak meyerang kuil tersebut.
