Masyarakat Hindu di Ipoh diminta bertenang

Masyarakat Hindu di Ipoh diminta bertenang

Khalid berkata, lelaki yang terlibat dalam insiden ini ialah seorang bekas doktor yang baru dipecat kerana menghadapi masalah gangguan mental.

khalid-bakar,pecah-kuil

PETALING JAYA:
Masyarakat beragama Hindu di seluruh negara khususnya di Ipoh diminta bertenang ekoran insiden patung dewa yang dipecahkan di sebuah kuil oleh seorang lelaki pada jam 5.10 petang semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki yang terlibat dalam insiden ini ialah seorang bekas doktor yang baru dipecat kerana menghadapi masalah gangguan mental.

“Lelaki tersebut baru sahaja dipecat dari Hospital Besar Ipoh kerana masalah kesihatan mental.

“Lelaki tersebut telah pun diberkas sejurus selepas kejadian dan dihantar ke hospital di Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam ucapan di Bicara Persada UKM Bangi, lapor Astro Awani.

Oleh itu, beliau menasihatkan masyarakat Hindu di Ipoh supaya tidak bertindak di luar kawalan dan batasan undang-undang.

Lelaki yang berusia 29 tahun itu bertindak menyerang kuil terbabit dan memecahkan sembilan patung berhala di kawasan dikenali Navagraha.

Dia yang membawa parang itu kemudiannya dikatakan terlibat dalam kemalangan selepas keluar dari kuil berkenaan sebelum ditahan polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.