Calon tidak hadir, muflis punca PKR gagal bertanding

Calon tidak hadir, muflis punca PKR gagal bertanding

Tidak dibenarkan meletakkan calon di kerusi N.82 Bukit Sari dan N04. Pantai Damai disebabkan kecuaian Jawatankuasa Pilihanraya Sarawak parti itu.

pkr-sarawak

PETALING JAYA:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal apabila tidak dibenarkan meletakkan calon di kerusi N.82 Bukit Sari dan N04. Pantai Damai dan mengakui ia disebabkan kecuaian Jawatankuasa Pilihanraya Sarawak parti itu.

Pengarah Operasi Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Negeri Sarawak, Ismail Yusop berkata, calon N.82 Bukit Sari tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan.

“Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada jawatankuasa displin,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala, pencalonan N04. Pantai Damai, Morni Shamsudin pula ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana pencadang kepada calon tersebut didapati seorang yang bankrap.

“Penamaan calon N04 Pantai Damai terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon,” ujarnya lagi.

Keadaan itu menyaksikan Morni tidak dibenarkan bertanding sebaliknya pertarungan hanya melibatkan BN dan PAS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.