Tony Eusoff dipenjara kerana dadah

Tony Eusoff dipenjara kerana dadah

Pelakon kelahiran Sarawak itu didakwa memiliki dadah di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas, pada 12 Mac lepas

tony-eusoff

SINGAPURA:
Mahkamah Singapura hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas pelakon Malaysia, Tony Eusoff kerana memiliki dadah.

Tony, 38, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lepas dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Laporan berita menyebut, pelakon itu dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Tuas, pada 12 Mac lepas.

Turut hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada anak kelahiran Sarawak itu adalah penerbit filem, Datuk Vinod Shekar dan rakan-rakan artis, termasuk Jehan Miskin.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.