Isteri curang dihukum suami, diikat atas kereta

Isteri curang dihukum suami, diikat atas kereta

Wanita itu menjerit dan merayu agar suaminya memberhentikan kereta.

curang

SAN JOSE, COSTA RICA: Seorang suami bertindak diluar jangkaan apabila mengikat isterinya pada bonet kereta.

Tindakan lelaki berkenaan dikatakan sebagai memberi pengajaran kepada wanita itu ekoran berlaku curang dengannya.

Laman portal Mail Online melaporkan, kejadian disaksikan seorang pejalan kaki yang kemudian bertindak merakam video.

Berdasarkan pemerhatian pada visual, sebuah kereta yang bergerak dari arah bertentangan terbabas ke bahu jalan kerana dipercayai cuba mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan lelaki terbabit yang dipandu laju.

Menerusi audio, jelas kedengaran wanita itu menjerit meminta tolong dan merayu agar suaminya memberhentikan kereta.

Bagaimanapun, rayuan wanita itu tidak dilayan sebaliknya lelaki itu terus memecut keretanya ke jalan raya yang sibuk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.