Muhyiddin, Shafie pasang perangkap untuk tunjuk Najib jahat

Muhyiddin, Shafie pasang perangkap untuk tunjuk Najib jahat

Kedua-duanya tahu akibat mengkritik Presiden parti tetapi tidak hiraukan kerana mahu dipecat sekaligus menampakkan Najib Razak pemimpin kejam.

ramlam,shafie,muhyiddin

PETALING JAYA:
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sengaja mencabar Lembaga Disiplin parti UMNO untuk memecat mereka dengan mengadakan jelajah Selamatkan Malaysia mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, usaha itu bagi menampakkan Najib lebih kejam di mata rakyat apabila kedua pemimpin itu dipecat dari parti.

“Meraka saja (buat jelajah Selamatkan Malaysia kritik Najib) bagi mengundang diri mereka dipecat supaya nampak Najib ini sebagai Presiden UMNO yang jahat.

“Mereka (Muhyiddin dan Shafie) orang lama, mereka tentu tahu apa kesan yang akan diterima sekiranya mengkritik Presiden, tapi mereka terus buat (kritik Najib) jadi bermakna mereka memang mahu disingkirkan secara rasmi,” katanya kepada FMT.

Malah Ramlah turut menyifatkan, umpan Muhyiddin dan Shafie itu akan gagal kerana Najib individu yang matang dalam berpolitik dan tidak akan bertindak secara membuta tuli untuk menghukum.

“Bagi saya cara Najib berpolitik ialah cara politik orang pandai, dia tidak gopoh, dia akan biarkan dan akan menyelesaikan masalah dengan cara yang demokratik.

“Malah bagi saya Najib juga tidak perlu letak jawatan kalau kita dikritik tidak bagus, kecuali kita buat salah ada skandal, ini sudah terbukti Najib tidak bersalah,” katanya.

Mengulas mengenai pendedahan yang dibuat secara berterusan oleh Muhyidin berhubung isu 1MDB, Ramlah berkata isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah membuktikan Najib tidak bersalah.

“Pihak 1MDB dan PAC sendiri kata kes ini sudah selesai dan Najib tidak bersalah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.