Ahli PKR dakwa twit hina Adenan palsu

Ahli PKR dakwa twit hina Adenan palsu

Bagaimanapun catatan Facebook Saifuddin Shafi memanggil Adenan tua bodoh masih boleh dibaca.

adenan-1

PETALING JAYA:
“Inilah sebabnya kami tidak mahu orang seperti ini di Sarawak.”

Begitu kata seorang pimpinan kanan BN Sarawak menjawab tangkap layar catatan-catatan media sosial yang tersebar di aplikasi pesanan, WhatsApp.adeee 1

Catatan itu, didakwa dimuatnaik oleh seorang ahli PKR, Saifuddin Shafi Muhammad, menghina Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Salah satu daripada imej merupakan satu catatan Facebook. Pemeriksaan oleh FMT mendapati catatan itu masih berada di laman Facebook milik Saifuddin.

Catatan itu, yang memaparkan capaian ke cicipan Dr Afif Bahardin selepas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR itu dihalang masuk ke Sarawak, berbunyi:

“Adenan Satem, simpanlah negeri kau dalam poket. Nanti bila mati, bawalah imej sebagai seorang tua bodoh yang penuh ketakutan dalam menghadapi kebenaran dan demokrasi. Shame on you bloody old man!”adeee 3

Tangkap layar lain menunjukkan cicipan yang didakwa daripada Saifuddin menghina Adenan dengan pelbagai kata kesat, seperti P***m*k (carut) dan seekor babi.

Tangkap layar itu juga mendakwa Saifuddin memberi amaran kepada Adenan dan meminta Sarawak jangan bodoh pilih Ketua Menteri seperti Adenan.

Bagaimanapun, FMT gagal menemui cicipan-cicipan yang didakwa itu di akaun Twitter Saifuddin.

Saifuddin pula, melalui laman Facebook, mendakwa cicipan-cicipan itu palsu, dan mengatakan penggunaan bahasa sekesat itu tiada kena mengena dengan dirinya dan gaya tulisan itu juga bukan gayanya.

adeee 2

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.