Debat Taman Manggis tidak akan jejas siasatan SPRM

Debat Taman Manggis tidak akan jejas siasatan SPRM

Malah, debat itu boleh membantu SPRM dalam siasatannya

rahman-dahlanlim-guan-eng-aprm

PETALING JAYA:
Debat mengenai isu Taman Manggis tidak akan menjejaskan siasatan berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan, maklumat yang bakal didedahkan dalam debat itu boleh membantu siasatan SPRM.

“Saya dimaklumkan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) telah meminta debat itu dibatalkan. Bagaimanapun, debat itu penting untuk mencari kebenaran berhubung isu Taman Manggis dan banglo (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng).

“Saya berharap JKMR akan mempertimbangkan (debat itu diteruskan),” tulis Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dalam Twitternya, semalam.

Ahli Parlimen Kota Belud merujuk cadangan Pengerusi JKMR, Tan Sri Abu Zahar Ujang semalam supaya debat itu dibatalkan, kerana bimbang ia akan menjejaskan siasatan SPRM.

Sebaliknya, Abu Zahar menggesa mereka yang mempunyai bukti berhubung isu tanah Taman Manggis atau banglo Guan Eng supaya menyerahkan maklumat itu kepada SPRM, bukannya mengadakan debat secara terbuka.

RTM dan TV3 telah menyuarakan kesediaan mereka untuk menyiarkan debat itu.

Sebelum ini, Abdul Rahman mencabar Guan Eng berdebat mengenai isu tanah Taman Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi milik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC), kerana telah dijual kepada pihak ketiga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.