Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang mengesahkan Dewan Rakyat menerima usul reformasi Parlimen (parliamentary reform) secara sebulat suara.
Sebagai menteri yang bertanggungjawab, Azalina percaya perubahan itu akan menyediakan ruang kepada ahli Parlimen berbahas dan menyuarakan masalah rakyat secara lebih profesional.
“Tiga teras penting yang diterima dalam usul pembaharuan ialah pindaan berkenaan pertanyaan-pertanyaan jawab lisan; pewujudan Kamar Khas (Special Chamber) dan pewujudan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri,” katanya.
Pindaan berkenaan pertanyaan-pertanyaan jawab lisan dipercayai membabitkan tambahan 30 minit diberikan kepada menteri-menteri bagi menjawab soalan-soalan sesama ahli Parlimen.
Manakala pewujudan Kamar Khas (Special Chamber) pula berkenaan penubuhan Dewan kedua (atau) satu Parlimen mini dan pewujudan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri merujuk kepada penyingkatan tempoh penyerahan soalan wakil rakyat dari 14 hari kepada 10 hari.
Bagaimanapun Azalina tidak menyentuh cadangan keempat yang ditolak Kabinet iaitu Jawatankuasa Pemilihan yang dianggotai (wakil rakyat) BN dan pembangkang untuk membincang dan meneliti rang undang-undang.