MAS optimis capai keuntungan pada 2018

MAS optimis capai keuntungan pada 2018

Buat masa kini, syarikat itu mahu menyasarkan pasaran Asia, sebagai pasaran yang paling kuat untuk perjalanan udara antarabangsa.

Christoph-R-Mueller-mas

PETALING JAYA:
Malaysia Airlines mencapai keputusan positif pertamanya sejak beberapa tahun pada bulan Februari ini dengan merekod keuntungan.

Ketua pegawai eksekutifnya, Christoph Mueller optimis syarikat penerbangan negara itu akan kembali mencatat keuntungan menjelang 2018 di sebalik hakikat bahawa syarikat itu masih dibelenggu pelbagai masalah.

“Kita menyasarkan pulangan modal pada 2018 dan selaku sebuah syarikat yang rugi RM2 juta (AS$511juta) pada tahun lepas sahaja, keuntungan yang dicatat pada satu bulan mengesahkan jurang kewangan antara pendapatan dan kos telah dikurangkan dengan ketara.

“Ia adalah berita baik dan menunjukkan kami berada di laluan yang betul, ” katanya dalam temu ramah eksklusif bersama The Associated Press.

Buat masa kini, syarikat itu mahu menyasarkan pasaran Asia, sebagai pasaran yang paling kuat untuk perjalanan udara antarabangsa.

Mueller juga tidak menafikan syarikat itu masih dibelenggu masalah antaranya kos operasi yang tinggi dan sistem teknologi maklumat yang lama.

MAS berhadapan ‘bencana’ pada tahun 2014 selepas insiden kehilangan pesawat MH370 dan MH17 ditembak jatuh.

Ekoran itu dan beberapa isu dalaman yang lain, MAS mengambil pelbagai langkah termasuk memberhentikan kakitanganya dalam kuantiti besar.

Mueller pula dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif bagi melaksanakan pelan pembaharuan bernilai $1.5 billion.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.