Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa bagaimanapun berkata, ia tidak bermakna mereka ditukar kerana melakukan kesalahan tetapi sebagai langkah awal mengelak ketirisan.
“Mereka semua pegawai yang baik. Pegawai-pegawai ini adalah mereka yang dikenal pasti telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun di beberapa bahagian kementerian khususnya kewangan, perolehan dan kontrak,” katanya, lapor Bernama.
Ali berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Bintang Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) Agensi Sektor Awam 2015-2016 di sini, Isnin.
Jabatan Perkhidmatan Awam sedang (JPA) menyediakan surat pertukaran pegawai-pegawau tang terlibat dan akan diedarkan pada bulan ini dan Mei.
“Tiada lagi pegawai-pegawai yang ditahan (daripada ditukar) supaya pertukaran boleh dilakukan secara lancar tanpa ganggu-gugat kerja,” jelas beliau lagi.
Malah, Ali juga menyifatkan perbuatan salah guna kuasa pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ‘hanya satu daripada kes’ dan usah memandang serong semua pegawai awam kerana satu dua orang yang membawa contoh tidak baik itu.
“Kerajaan sedang mengkaji garis panduan dan meminta semua bahagian kawalan kewangan dan ketua setiausaha kementerian-kementerian supaya memantau dan menyemak secara rawak mengenai kelulusan perbelanjaan bagi sesuatu aktiviti,” tambah Ali lagi.
Ali berkata pihaknya akan menerima laporan siasatan audit berhubung kes salah guna kuasa pegawai kanan KBS daripada Jabatan Audit Negara pada akhir bulan ini.
“Kita akan lihat cadangan Jabatan Audit Negara dan kita akan cari jalan untuk mengatasi kelemahan dan ketirisan di kementerian itu,” katanya.
Terdahulu, Ali menyampaikan sijil kepada 42 agensi termasuk 15 kementerian yang memperoleh penarafan lima bintang dalam Penilaian Indeks SSR bagi 2015.
Penarafan Bintang merupakan satu mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan menilai prestasi pencapaian agensi sektor awam berdasarkan pendekatan pembangunan organisasi.
