Annuar dakwa ada pihak cuba perguna Ku Li

Annuar dakwa ada pihak cuba perguna Ku Li

Pihak terbabit cuba menggunakan nama dan pengaruh Ku Li untuk mempengaruhi ahli parlimen lain menandatangani SD menolak kepimpinan Najib Razak.

annuar-musa-kuli

KUALA LUMPUR:
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa ada sesetengah pihak yang cuba menggunakan pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah bagi mengelirukan ahli parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau langsung tidak mendapat maklumat mengenai Akuan Bersumpah (SD) dalam kalangan ahli parlimen untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, walaupun rapat dengan dengan Ku Li.

“Saya juga Ahli Parlimen, saya juga kawan Tengku Razaleigh (Ku Li). Saya kenal dia dari segi cara dan sebagainya. Saya tidak fikir dia akan buat sesuatu yang di luar peraturan. Mungkin ada pihak cuba hendak guna pengaruh beliau pada saat tertentu.

” Mungkin ada usaha dari pihak tertentu dan mungkin mereka lihat Ku Li orang yang tidak banyak bersuara dan diam, mungkin mereka hendak cuba guna Ku Li,” katanya sambal menambah, Ku Li seorang yang kuat berpegang kepada prinsip Perlembagaan.

Ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini, Annuar turut ditanya adakah Ku Li sendiri pernah memberitahunya mengenai SD itu, Annuar menjawab:

“Tidak pernah. Kalau tidak tentu saya orang antara yang rapat dengan dia mesti ada dia bisik tapi tidak ada. Baru ni kita dengar cerita itu. Nampaknya yang lebih tahu adalah orang yang bukan ahli UMMO.

“Saya kenal Ku Li lama, kawan dan juga lawan, saya tahu kaedah-kaedah Ku Li, beliau sangat berprinsip. Ternyata sekarang dia lebih konsisten daripada Tun Dr Mahathir Mohamad,” ujarnya lagi.

Semalam, Ahli Parlimen Seremban dari DAP, Anthony Loke berkeras mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang itu pernah mengedarkan SD terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada ahli-ahli Parlimen lain.

Setiausaha Organisasi DAP itu berkata, ‘wakil daripada kem Tengku Razaleigh’ telah mengedarkan SD itu antara Julai dan September tahun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.