Perkara itu dimaklumkan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seusai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini.
Pandikar bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada pemberita sehingga pendengaran selesai.
“Kita tunda dulu sehingga Rabu minggu depan, saya tak boleh perjelaskan selain dari itu kerana bila saya jelaskan, saya akan melanggar peraturan mesyuarat 85.
“Tunggu sahaja diumumkan penyata lengkap dibentang dalam majlis (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan),” katanya.
Pada 2013, kira-kira 200 militan bersenjata daripada Filipina mendarat di Lahad Datu dan menuntut Sabah atas nama Kesultanan Sulu. 10 anggota keselamatan Malaysia dan dua warganegara terkorban dalam kejadian itu.
Pertemuan 9 Nov lalu antara anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak perempuan Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab diatas cubaan menjajah Sabah mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Membela dirinya, Izzah berkata pihaknya tidak memohon pertemuan dengan Jacel, sebaliknya Jacel salah seorang daripada 15 tetamu mesyuarat yang dijemput tuan rumah, Majlis Hal Ehwal Filipina, Institut Demokrasi Asia, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.
Menyusuli pendedahan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul menghadapkan Izzah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Usul untuk merujuknya kepada jawatankuasa itu diluluskan dengan undi blok: 105 menyokong dan 77 membantah.
Sementara itu, Izzah yang ditemui pemberita selepas sesi pendengaran tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada pemberita kerana tidak mahu mendahului Speaker.
“Saya kena menghormati kuasa Speaker untuk mengumumkannya nanti,” katanya.
