PAS dijangka umum calon PRN Sarawak 6 April

PAS dijangka umum calon PRN Sarawak 6 April

Pengumuman calon-calon itu akan dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Datuk-Mustafa-Ali_hadi-awang_spr_600

PETALING JAYA:
PAS dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 6 April ini.

Menurut Ketua Pengarah Pilihanrayanya Datuk Mustafa Ali pengumuman calon-calon itu akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Memetik dari laporan Harakahdaily, pengumuman itu akan dibuat di Bintulu bermula jam 8.00 malam.

Pada 20 Mac lalu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyatakan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dalam tempoh terdekat ini bagi menentukan tarikh pembubaran DUN yang sesuai.

Bagaimanapun, Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri enggan mendedahkan tarikh pertemuan berkenaan akan diadakan.

“Selepas ini, saya akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bagi menasihati beliau pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak lama lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.