Gengster ancam pegawai, penguatkuasa MPS

Gengster ancam pegawai, penguatkuasa MPS

Mereka diganggu oleh kumpulan gengster apabila ke tapak pelupusan sampah di Kampung Orang Asli Sungai Melut.

tapak-pelupusan-sampah-di-cdi-Sepang
PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Sepang (MPS) mendedahkan pegawai dan penguatkuasanya diugut oleh gengster apabila memasuki kawasan tapak pelupusan sampah Kampung Orang Asli Sungai Melut di Sepang.

Perkara itu didedahkan Yang Dipertuanya, Datuk Puasa Md Taib yang bimbang dengan keadaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai menggangu dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Katanya, gengster terbabit sering menggangu penguatkuasa MPS apabila ke kawasan berkenaan untuk menjalankan penguatkuasaan pembuangan sampah haram.

“Dia (gangster) ada satu group di situ yang membuat kawalan ke pintu (masuk ke kawasan tapak pelupusan sampah. Sebelum ini saya (ada) tanya kakitangan saya, dia kata kita (penguatkuasa MPS) tunggu kat luar pun dia datang.

“Memang… memang ada (gangster),” katanya ketika dihubungi FMT bagi mengulas mengenai penguasaan gengster di Kampung Orang Asli Sungai Melut.

Pada sama sama, Puasa berkata, pihaknya akan membuat mesyuarat penyelarasan pada pertengahan April yang melibatkan semua pihak bagi mengambil tindakan ke atas kawasan terbabit.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Orang Asli Sungai Melut, Johan Mat mendakwa, gengster pernah menggangu pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang membuat pemeriksaan di Kampung Orang Asli Sungai Melut.

Katanya, gengster yang mengawal pusat pelupusan sampah itu akan bertindak menghalau keluar mana-mana rombongan pegawai jabatan kerajaan ke kawasan itu.

Tapak pelupusan sampah itu didakwa diwujudkan di atas rizab pertanian Orang Asal Sungai Melut sejak tahun 2014.

Orang Asal kampung itu mendakwa, rizab pertanian terbabit yang ditanam dengan tanaman dimusnahkan gengster berkenaan dan kemudian diambil alih untuk dijadikan tapak pelupusan sampah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.