Anak syarikat 1MDB selesai hutang RM700 juta

Anak syarikat 1MDB selesai hutang RM700 juta

Pembayaran semula hutang dan pengurangan hutang keseluruhan itu merupakan hasil ketara kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB

edra
KUALA LUMPUR: Anak syarikat 1Malaysia Development Bhd, Edra Energy (Langat) Sdn Bhd, membayar sepenuhnya kemudahan Pinjaman Bertempoh Bersindiket berjumlah RM700 juta kepada konsortium bank-bank domestik, mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.

Pembayaran semula hutang dan pengurangan hutang keseluruhan itu merupakan hasil ketara kejayaan pelan rasionalisasi 1MDB, demikian menurut 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

Pinjaman pertama kali diambil pada 2012 bagi membiayai sebahagian pengambilalihan aset tenaga 1MDB.

– BERNAMA

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.