Tertuduh, Muhammad Annuar Saberi, 30, bertindak demikian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira pukul 8.04 malam, pada 29 Dis lepas.
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin yang memutus denda tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah turut memerintahkannya dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu, lapor Bernama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung isteri dan tiga orang anak.
Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan denda yang tinggi atas alasan tindakan tertuduh telah mencemarkan nama baik PDRM sebagai badan berintegriti.