Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata remaja itu diberkas hasil maklumat seorang mangsanya.
“Modus operandi suspek ialah menggunakan ‘Nearby Search’ dalam WeChat untuk mencari mangsa. Apabila berjaya diperdaya, suspek akan membawa mangsa ke kawasan sunyi untuk dirogol atau merogol mereka di dalam kereta,” lapor Bernama.
“Mangsa itu bertembung dengan suspek yang ketika itu sedang memandu kereta di sini bersama seorang wanita lain yang dipercayai turut menjadi mangsa suspek.
“Suspek dipercayai baru tiba di sini bersama mangsa terbaharunya itu,” katanya lagi.
Che Ghazali berkata suspek juga disyaki mencekik dan memukul mangsa serta memadamkan maklumat berkenaan diri suspek yang terdapat dalam telefon bimbit mangsanya.
Suspek yang merupakan bekas pekerja hotel di sini disyaki melakukan jenayah itu sejak Oktober tahun lepas dengan mangsa suspek berumur sekitar 16 tahun dan 18 tahun.
Phak polis juga telah memperoleh perintah reman ke atas suspek.