Peguam: Tuntutan apa yang Selvi katakan?

Peguam: Tuntutan apa yang Selvi katakan?

Americk Sidhu menafikan bahawa beliau menarik balik saman Selvi yang difailkan terhadap Perdana Menteri.

Americk-Sidhu_bala_600

PETALING JAYA:
Americk Sidhu, bekas peguam A. Santamil Selvi iaitu balu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, mempersoalkan dakwaan Selvi bahawa beliau telah menarik balik saman Selvi terhadap Perdana Menteri dan tujuh yang lain.

Americk, dalam pesanan ringkas kepada FMT, menegaskan bahawa saman yang difailkan oleh Selvi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2015.

“Saya tidak pernah menarik balik saman itu.

“Apa yang dia cakap? Saya hanya meminta beliau melantik peguam lain mengambil alih kes tersebut memandangkan dia telah memalukan saya dan oleh itu tidak mungkin saya dapat membantunya lagi. ”

Americk juga mengecam tindakan ‘kawan’ Selvi dengan mendakwa mereka tidak tahu apa yang sedang dilakukan dan telah salah menasihatinya.

Awal hari ini, Selvi, dalam satu kenyataan, mendakwa Americk menarik balik saman itu.

Menurut Selvi, Americk menawarkan khidmat kepadanya kerana beliau berkawan dengan mendiang suaminya, dan menurut Selvi kes tuntutan ganti rugi dicadangkan oleh Americk. Americk tidak meminta sebarang bayaran.

Americk membantu Bala menyediakan akuan berkanun pada 2006 berkenaan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bala kemudiannya menarik balik akuan itu dan meninggalkan negara bersama keluarga. Bagaimanapun, beliau pulang ke Malaysia pada 2013 dan mengesahkan akuan itu, sebelum meninggal dunia angkara serangan jantung.

Pada 2014, Selvi membuat saman RM1.9 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak dan tujuh individu, termasuk Datin Rosmah Mansor, atas dakwaan konspirasi oleh tujuh individu itu telah memaksa Selvi dan keluarga hidup dalam buangan dari 2008 ke 2013.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.