Batal Kursus Marxime Kilat sekat perbincangan ilmiah

Batal Kursus Marxime Kilat sekat perbincangan ilmiah

Pembatalan itu menyekat perbincangan ilmiah dan satu proses memperbodohkan rakyat kerana topik mengenai Marxisme juga boleh didapati di media sosial

S.-Arutchelvan,kurus

PETALING JAYA:
Parti Sosialis Malaysia (PSM) meluahkan rasa kecewa dengan arahan polis untuk membatalkan Kursus Marxisme Kilat, Ahad ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan berkata, arahan pembatalan itu menyekat perbincangan ilmiah dan merupakan proses memperbodohkan rakyat kerana topik mengenai Marxisme itu boleh didapati di media sosial seperti YouTube.

“Dan dia juga bertentangan dengan hak kita, untuk sebuah parti politik yang berdaftar macam PSM menjalankan aktiviti-aktiviti kita untuk memberi pencerahan tentang sosialisme, tentang keburukan kapitalisme contohnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada FMT, di sini, hari ini, selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Zaini Che Din.

Arutchelvan yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PSM berkata, pihaknya bercadang untuk menyaman polis berhubung arahan pembatalan program berkenaan.

Katanya, cadangan untuk menyaman itu timbul selepas pihaknya merasakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memfitnah parti itu sebagai cuba menghidupkan komunisme.

“Hari ini, program ini bukan dibatalkan kerana program ini… (tetapi) kerana gangguan 107 orang yang buat aduan polis. Tapi kita kena bincang dengan peguam-peguam kita dulu.

“Kita (juga) akan keluarkan kenyataan sama ada meneruskan program hari Ahad ini atau tidak,” tegasnya.

Tambahnya, sehingga kini seramai 78 peserta mendaftar untuk mengikuti Kursus Marxisme Kilat yang akan diadakan di Dewan Budaya Gerakbudaya di Petaling Jaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.