Rakyat terpaksa ‘google’ cari maklumat IKATAN

Rakyat terpaksa ‘google’ cari maklumat IKATAN

Liew Chin Tong mengaku beliau ketawa kecil dengan pengumuman PAS bekerjasama dengan IKATAN membentuk blok ketiga pembangkang.

ikatan-pas

PETALING JAYA:
Seorang ahli Parlimen DAP mempersendakan gabungan PAS-IKATAN yang diumumkan semalam.

Ini kerana IKATAN sebuah parti kecil yang tidak dikenali ramai, kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya hanya tersenyum dengan apa yang PAS war-warkan sebagai ‘kuasa ketiga’ yang dakwanya bersifat multi-ras itu.

“Apatah lagi bila kini satu dunia mengetahui bahawa ‘kuasa ketiga’ tersebut adalah melibatkan parti IKATAN yang barangkali ramai rakyat terpaksa ‘google’ dan mencari-cari semula siapakah mereka ini. Ia membuatkan saya ketawa kecil,” katanya di akaun Facebooknya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Johor itu berkata, langkah PAS yang dilihat mesra dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO hanya memakan diri dan menjadi bahan ketawa rakyat.

“Beberapa pemimpin PKR yang dilihat cenderung bekerjasama dengan PAS telah melihat bahawa gelombang anti-Najib merupakan asas kepada apa jua pakatan politik oposisi sekarang ini. Dan faktanya, PAS dengan jelas memilih untuk menjadi ‘penasihat’ kepada Najib dan UMNO BN,” katanya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan IKATAN bertujuan mewujudkan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun yang sedang digagaskan PAS.

Abdul Hadi berkata gabungan baru itu akan mengambil pendekatan sebagai penasihat, berbeza dengan Pakatan Harapan yang lebih melulu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.