Anak saudara Sultan Bolkiah sertai kelab Leicester City

Anak saudara Sultan Bolkiah sertai kelab Leicester City

Faiq bermain untuk kelab Chelsea bagi kategori Bawah 18 Tahun pada musim ini dan akan beralih kepada Leicester untuk aksi skuad utama pada Liga Perdana Inggeris akan datang.

Faiq
PETALING JAYA: Faiq Jefri Bolkiah, anak saudara Sultan Brunei telah bersetuju menyertai Leicester City dengan kontrak jangka panjang.

Pemain berusia 17 tahun itu bersama Blues sejak 2014, mengesahkan akan menyertai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi akaun Instagramnya, pada Selasa.

Menurut laporan akhbar The Independent, Faiq yang lahir di Los Angeles pada pada tahun 1998 menulis bahawa dia sangat gembira mengumumkan telah menandatangan kontrak dengan @lcfc (Leicester).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat atas semua sokongan anda. Saya juga teruja bertemu pemiliknya. Tidak sabar untuk mula bermain,” tulisnya.

Sebelum ini, Faiq pernah menyatakan hasratnya untuk menyertai Arsenal dengan menamakan Kanu sebagai idolanya.

“Saya gembira jika saya dikehendaki oleh Arsenal. Saya telah menyokong pasukan itu sejak berusia enam tahun lagi. Kanu ialah idola saya sejak zaman kanak-kanak. Ia satu perkara yang hebat jika saya dapat bermain untuk Arsenal,” katanya pada bulan lepas.

“Saya tidak akan menyembunyikannya; Leicester datang ke kelab kami. Saya ulangi bahawa saya mahu menamatkan musim ini dengan memberi kemenangan kepada CSKA dan kemudian berfikir tentang menukar pasukan. ”

Faiq adalah anak saudara Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei ke-29, raja yang melarang sambutan perayaan Krismas secara terbuka di negaranya.

Faiq bermain untuk kelab Chelsea bagi kategori Bawah 18 Tahun pada musim dan akan beralih kepada Leicester untuk aksi skuad utama pada Liga Perdana Inggeris akan datang.

The Foxes kini berada lima mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 1-0 ke atas Newcastle pada malam Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.