Papagomo didenda RM4,300

Papagomo didenda RM4,300

Dia mengaku bersalah mencederakan seorang warga Pakistan yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap adiknya.

papagomo_law_600

KUALA LUMPUR:
Penulis blog kontroversi Papagomo didenda RM4,300 selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan mencederakan seorang warga Pakistan pada 29 Januari lalu.

Bagi tuduhan pertama, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris mengaku bersalah menampar pipi warga Pakistan.

Bagi kesalahan itu, Papagomo didenda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Bagi tuduhan kedua, dia mengaku salah dan didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara kerana menumbuk pipi sebelah kanan pekerja asing itu.

Bagi tuduhan ketiga, Papagomo didenda RM1,800 atau penjara lima bulan kerana menendang kemaluan mangsa.

Sebelum itu, peguam Papagomo, Azizul Shahiman Yusof meminta mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana tertuduh perlu bekerja untuk menanggung keluarga.

Azizul juga meminta mahkamah mengambil kira kesalahan mangsa yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap adik Papagomo dan dua rakannya.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Papagomo didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Papagomo didakwa melakukan kesalahan itu di Wangsa Maju, kira-kira 1.30 petang.

Pagi tadi, Papagoma mengaku salah terhadap ketiga-tiga tuduhan itu di hadapan Majistret Husna Dzulkifly di Mahkamah Majistret.

Rakaman video perbuatannya itu yang berdurasi empat minit dimuatnaik di Facebook dan menjadi viral di media sosial.

Papagomo kemudian memuatnaik satu lagi rakaman video bagi mempertahanankan tindakannya memukul pekerjas asing itu.

Dia mendakwa lelaki itu melakukan gangguan seksual terhadap  adik perempuannya serta dua lagi rakan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.