Pendedahan Mukhriz bukti BN langgar undang-undang pilihanraya

Pendedahan Mukhriz bukti BN langgar undang-undang pilihanraya

Perbelanjaan RM1.5 bilion adalah16 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan SPR untuk PRU.

Shamsul-Iskandar-Mohd-Akin
KUALA LUMPUR: PKR menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai dakwaan yang dibuat Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Barisan Nasional (BN) membelanjakan RM1.6 bilion dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13).

Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sekiranya benar BN telah membelanjakan wang sebanyak itu, jelas ia melanggar undang-undang pilihanraya.

“Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi BN dalam PRU13, maka BN telah membelanjakan wang sebanyak RM94.4 juta.

“Apakah kewajaran untuk BN berbelanja lebih dari RM1.5 bilion,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, jumlah RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan SPR.

“Seksyen 19 Akta Pilihan Raya 1954 hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain, mengikut akta itu, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan,” katanya.

Jelas Shamsul Iskandar, pendedahan yang dibuat Mukhriz itu jelas membuktikan bahawa BN telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan secara terbuka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.