Dua warga Nigeria ditahan terlibat ‘Romance Scam’

Dua warga Nigeria ditahan terlibat ‘Romance Scam’

Enam orang termasuk dua Warga Nigeria Kumpulan Romance Scam di Sunway selesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000

khalid abu bakar

KUALA LUMPUR:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu termasuk dua warga Nigeria dari kumpulan ‘Romance Scam’ di Sunway, Subang pada Rabu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan dalam laman rasmi Twitter beliau malam tadi.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, PDRM berjaya menyelesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.

Katanya, tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJK berkenaan.

“Syabas JSJK @PDRMsia tangkap enam orang termasuk dua Warga Nigeria Kumpulan Romance Scam di Sunway selesaikan 12 kes melibatkan kerugian RM400,000.#GoPDRMGo,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.