Ahli Parlimen BN gambarkan WSJ ‘ratu cantik berkudis’

Ahli Parlimen BN gambarkan WSJ ‘ratu cantik berkudis’

Anggota Parlimen BN itu juga menyatakan agensi penarafan dunia seperti Fitch, Standard and Poor tidak me

Dr Noor Azmi

KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi menyifatkan surat khabar Wall Street Journal (WSJ) akhbar yang memfokuskan berita sensasi berbanding mencari kebenaran, dengan mengambarkannya sebagai ‘ratu cantik berkudis’.

Menurutnya, WSJ sering menimbulkan persepsi bahawa keadaan negara buruk supaya lebih ramai orang akan membaca akhbar berkenaan.

“Dalam WSJ, dia cerita macam-macam sehingga bawa imej seoalah-olah negara kita teruk. WSJ adalah surat khabar bisnes yang hanya mencari berita sensasi supaya lebih ramai orang baca dan ia digunakan oleh pelabur untuk membeli atau menjual barangan,” katanya sewaktu berbahas, di Dewan Rakyat, hari ini.

“WSJ ialah ratu cantik, seorang ratu cantik yang menawan, berpakaian menarik tetapi di sebalik pakaiannya, anda akan lihat kudis,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Noor Azmi tidak menyalahkan WSJ terhadap laporannya, sebaliknya mempertikaikan persepsi yang dibentuk hingga masyarakat lebih mempercayai akhbar tersebut berbanding agensi penarafan (rating agencies).

“Saya mahu tahu apabila buat keputusan atau persepsi, kita percaya WSJ atau ‘rating agencies?,” soalnya.

Anggota Parlimen BN itu juga menyatakan agensi penarafan dunia seperti Fitch, Standard and Poor tidak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang buruk.

“Agensi penarafan antarabangsa utama yang terkenal seperti Fitch, Standard and Poor tidak pula berkata demikian tetapi memberi penarafan yang baik kepada Malaysia.

“Penarafan mereka bukan sesuatu yang boleh dimain-main kerana mereka mempunyai kepakaran dan penelitian dalam perkara yang sensitif,” ujar beliau lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.