Menurut laporan itu yang memetik Pasukan Polis Singapura (SPF) sebagai berkata, rakyat Malaysia itu adalah suspek kelima dalam kes itu.
Beliau diserahkan kepada SPF pada petang Selasa dengan kerjasama dan bantuan Polis Diraja Malaysia.
Pada Ogos 2011, pegawai-pegawai Cawangan Siasatan Jenayah Kasino daripada Jabatan Siasatan Jenayah memulakan siasatan mengenai kes bersindiket disyaki cip kasino palsu yang digunakan di Marina Bay Sands.
Empat suspek ditangkap dan telah didakwa di mahkamah, menurut portal berita.
Ia berkata, suspek rakyat Malaysia itu akan didakwa di mahkamah pada Rabu kerana menggunakan cip kasino palsu.
Dia menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi S$150,000 (S$1 = RM3) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.