Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, keutamaan akan diberi kepada program berteraskan rakyat dan projek yang memberi kesan berganda yang tinggi (high multiplier impact) kepada ekonomi.
“Pembinaan rumah mampu milik, hospital, sekolah, lebuh raya dan jalan, infrastruktur kemudahan asas, utiliti, komunikasi dan pembangunan modal insan merupakan prioriti dan akan diteruskan demi kepentingan rakyat serta pembangunan negara,” kata beliau.
Najib berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad di Dewan Rakyat.
Tidak terhenti di situ, Najib juga menyatakan pembangunan di kawasan luar bandar termasuk projek pertanian berskala kecil dan sederhana akan terus dimajukan.
“Kerajaan juga akan memastikan segala perancangan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan mengikut jadual” ujar beliau.
Selain itu, Najib juga menjelaskan, bahawa Kerajaan Persekutuan tidak membatal atau mengurangkan projek yang telah diluluskan.
“Namun, ia lebih kepada penyesuaian aliran tunai dengan mengagihkan semula peruntukkan sesuatu projek atau program pembangunan,” katanya.