
Pensyarah dan penceramah bebas itu berkata ini disebabkan orang UMNO masih lagi Islam dan tidak melayan mereka seperti orang kafir.
“Jika dengan si kafir kita boleh berpeluk dan bercium mulut, kenapa sesama Islam perlu bergaduh sehingga menghancurkan negara?
“Tahniah kepada PAS atas pendirian bijaksanya untuk tidak menjatuhkan pemimpin negara ini secara tidak demokratik seperti yang sedang diusahakan oleh musuh Islam,” katanya menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak akan menyertai himpunan Anti-Najib yang diadakan pada 27 Mac kerana katanya tidak pernah bermusuhan dengan pemimpin UMNO, sebaliknya bermusuhan dengan parti UMNO itu sendiri.
Ridhuan menambah, sejak dahulu lagi PAS konsisten, tidak kemaruk kuasa dan agenda parti Islam itu adalah untuk mengegakkan syiar serta undang-undang Islam.
“Pendirian ini sepatunya menjadikan UMNO sedar. Janganlah lagi berseteru dengan PAS. Fikirkanlah hasrat untuk mengimarahkan bumi Allah ini dengan Islam. Islamlah, kamu nescaya selamat.
“Dalam situasi hari ini, jika PAS mengambil pendirian menyokong ultra kiasu, terbaharu kumpulan Tun Mahathir dan UMNO lain, yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, sudah tentu kedudukan Perdana Menteri goyang.
“Tetapi PAS bertindak sebaliknya, meskipun ada peluang keemasan. PAS boleh memanipulasikan segala ruang dan pelunag untuk menjatuhkan Perdana Menteri dalam keadaan kritikal ini,” katanya.
Tetapi, katanya parti itu menunjukkan politik matang berhikmah dan tidak mustahil PAS boleh menggantikan UMNO sekiranya parti itu masih lagi tidak berubah.