Datuk Vida diminta pertimbang cadangan bina hotel

Datuk Vida diminta pertimbang cadangan bina hotel

Ia perlu menitik beratkan beberapa faktor termasuk kesesakan lalu lintas dan sebagainya

fatah-mahmood,dato-vida

PETALING JAYA:
Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diminta supaya menimbang semula cadangannya yang mahu membina sebuah hotel di kawasan pembangunan stadium di Bukit Merbau, Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, banyak faktor perlu diteliti berkaitan lokasi asal cadangan pembinaan hotel di pekarangan Stadium Sultan Muhamad IV di sini, yang dikemukakan oleh ahli perniagaan terkenal itu.

Katanya, cadangan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob terlebih dahulu dan ia perlu menitik beratkan beberapa faktor termasuk kesesakan lalu lintas dan sebagainya, lapor Sinar Harian Online.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri berbesar hati andainya pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu bersetuju membangunkan kawasan berkenaan terutamanya membina kilang kosmetik dan pakaian sukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.