Katanya, ketetapan itu bagi memastikan kawasan yang diwakili Pakatan Harapan bebas daripada penyelewengan.
“Saya faham dengan situasi sekarang memang ada pimpinan kita yang buat pengisyitaharan harta tetapi ianya bukan secara paksa. Enakmen yang ada sekarang ini bukan atas dasar kewajipan, dan hanya sekadar sukarela.
“Sebab itulah pada masa depan kita harapkan kedua-dua negeri ini mewartakan enakmen sedia ada sekaligus menjadikan perkara ini sebagai kewajipan kepada semua,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Deklarasi Aset di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor disini hari ini.
Mengulas lanjut, Hannah berkata, Kerajaan Selangor antara negeri terawal yang meneruskan deklarasi pengisytiharan harta melibat beberapa EXCO, ADUN dan Ahli Parlimennya.
Turut hadiri forum tersebut ialah, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan,Datuk Saifuddin Abdullah, EXCO Kerajaan Pulau Pinang, serta pimpinan pembangkang termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
