Fahmi berkata, imej berkenaan bukan untuk memburukkan SKMM atau memalsukan amaran tetapi ia hanyalah sebagai parodi amaran yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim kepadanya bahawa akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta SKMM.
“Satu bentuk parodi dan satira menggunakan elemen humor yang mendedahkan amaran kurang masuk akal oleh Timbalan Ketua Polis Negara.
“Yang bagi aku bertentangan dengan kebebasan internet dan polis kerajaan yang diorang janjikan tak akan menyekat kebebasan internet,” katanya kepada pemberita hari ini.
Fahmi menambah, orang ramai juga akan tahu poster amaran yang dibuat olehnya itu bukan merupakan amaran SKMM sebenar.
“Orang ramai akan tahu takkan SKMM cuai untuk letakkan gambar itu dalam poster larangan. Jadi sepatutnya ini jelas karya parodi,” tegasnya, dan menambah dirinya tidak melakukan kesalahan.
Sementara itu, Fahmi turut ditanya adakah SKMM akan menyekatnya daripada mengeluarkan imej tersebut di media sosial.
“Tidak ada. Dia hanya merakamkan kenyataan aku. Dia tidak cakap ooh kamu tidak boleh post kan lagi..tidak ada.
“Dia tak ada bagi ceramah atau apa-apa. Saya (juga) beri kerjasama penuh apa yang dia tanya,” katanya.