Bayi perempuan itu, dilahirkan kurang dari tujuh bulan, ditemui penduduk di tepi longkang pangsa berkenaan pada jam 9 pagi tadi dalam keadaan yang menyayat hati.
Pemeriksaan forensik mendapati bayi malang itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih beruri.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai ibu bayi itu di lokasi.
Wanita itu dilapor telah meninggalkan suami sejak dua tahun yang lepas dan kini menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit di flat berkenaan bersama seorang anak perempuannya yang berusia lima tahun.
Polis masih menyiasat punca dan motif kejadian ini dan sedang mengesan lelaki yang juga suami kepada wanita terbabit.
Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Astro Awani.